Friday, September 26, 2008

Jantan S**l

Geram aku nih..tak pasal2 jer pahala posa aku kurang mencarut pagi2 jumaat nih. S*al, Cel*ka, B*bi betul lar jantan pakai jaket biru tuh.

Aku tahu lar tren sesak, jgn lar pulak ko amik kesempatan nk raba2. Mmg anak si*l lar. Aku dh tepis tgn ko..dah sound direct : "bulan posa pun buat mcm ni ke!!!"tapi ko still buat lagi.

Mmg mendidih darah aku nih. Terus aku step kaki dia ngan heel aku. Menyesal aku tak pakai heel aku yg tggi runcing mcm KLCC..mesti lagi besh aku step kaki dia ngan heel tuh.!

Ikut hati aku ni, nak jer aku tengking sambil pijak kaki dia kuat2..tapi memandangkan tren ramai org..aku sabarkan jer. Kang tak pasal2 semua org tahu aku diraba. hampeh tol.

Kalau aku jumpa ko lagi...mmg siap lar. Even when Im turning 60's, if i ever see you again., you will get a piece of me. Sakitnyer hati aku nih!!!

image taken form : http://1ipreparedearlier.blogspot.com/

Wednesday, September 24, 2008


Disney Dream Portrait Series

U all suka citer fairy tail tak? ..ala..citer cinderella, little mermaid, snow white, sleeping beauty dan lain2 tu. Well, I do like fairy tails.

Ada tak dikalangan celebrity ni yg korang suka? Rachel Weiss, Scarlet Johanson, Jennifer Lopez, David Beckham, Michael Phelps ataupun Beyonce.

Apa kaitan diorg ni ngan fairy tails nih. Meh sini anak2..makcik nak bgtau. Disney and seorg photograper bernama Annie Leibovits nih telah menghasilkan siri potret watak2 Disney dengan menggunakan celebrity sebagai model.

Cantek tau hasil keja diorg nih. . Ni antara gambar2 yang I suka.

Rachel Weisz in Snow White

Michael Phelps and Julianne Moore in a Disney ‘Fantasea’ from “The Little Mermaid

Scarlett Johansson as Cinderella, " Where every Cinderalla story Comes True"

Untuk gambar2 lain, korang boleh browse website kat bawah ni:

http://thedisneyblog.com/2007/01/27/annie_leibovitz/
http://milliondreamphotos.blogspot.com/2008/08/annie-leibovitzs-disney-fantasyland.html

Ada gambar David beckham as Prince Philips in Sleeping Beauty, Beyonce as Alice in Alice in Wonderland, Roger Federer as King Arthur,..ish..ramai lagi lah. Kalau U all tak suka ngan celebrity or fairy tails ..at least u all leh kagumi hasil seni photograper tu. Right?

Watashi wa suki desu.

Monday, September 22, 2008

I'm not in the good mood this monday morning. Ermm..mood bahasa melayu apa ek?? perasaan?? mcm kurang sesuai jer. Kenapa aku takder mood?

Pasal keja. Aku cukup menyampah kena re-do storyboard. Haish..ni yg payah bila klien tak sefahaman. Make up your mind lar..what exactly do you want? Dont waste my time ler. I got more important things to do such as read mangas. Opss...shhh.. Then, leh lak kata nk tgk prototaip lepas raya..Haloo...kitorg pun nak raya gak. malas aku nk layan. kalau sempat siap..dpt lar korang tgk. Bluwek.

Then..aku baca satu email nih. Tataw lar saper penulis email ni sbb email ni dah di forward byk2 kali dan akhirnya sampai kat aku. Penulis ni..banyak merungut, komplen, kutuk dan yang sewaktu dengannya. Some of the issues yg dibangkitkan, ada kebenarannya. Tapi, terlalu byk yg dia tak puas hati. Hello..this is life. Pernah dgr tak ungkapan "Life is not fair? "Awak bukan baru hidup semalam. You cannot expect everything will suits you. Kalau tak suka..just ignore, jgn beli, or learn to accept that this is life. You are not perfect either.

ni ha komen/rungutan/ kutukan penulis terbabit. Takder kena mengena ngan aku pun. Kalau rajin..leh baca. But a little advise, tak rugi apa2 pun kalau u all tak baca .. hihihi. .

Hairan sungguh..........
1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.
2. Bila kerjaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda.
3. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai.
4. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri.
5. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.
6. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.
7. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES!
8. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!
9. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik...tanpa faedah!.
10. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check-in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!
11. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu....mungkin takut kena rompak...tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?
12. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?
13. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun komputer.
14. Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen yang "secukupnya" bila berurusan dengan mereka.
15. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah di merata-rata tempat dengan mudah mendapat lagi.
16. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tak laku langsung.
17. Bilamana telefon bimbit yang diusung kesana kemari, walaupun tak dipakai akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.
18. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan semata-mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak sedangkan kita tahu kalah atau menang, kesemua pelakon-pelakon tersebut dapat duit banyak.
19. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras didalam longkang.
20. Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak dan berpuitis ketika mengulas siaran langsung sesuatu acara sukan.
21. Bila kita menanyakan kawan kita alamat rumahnya. dia menjawab " mamat@yahoo.com".
22. Bila mengenangkan pada suatu masa dulu pemain bolasepak liga profesyenal boleh mendapat hingga RM10000 sebulan bermain bola macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama lapan belas tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi menerima gaji permulaan hanya RM1250.00 sebulan.
23. Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan kerana takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal pulak apabila harga barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan maseh ditakuk lama.
24. Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan ataupun mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.
25. Bilamasa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada sewa taliannya.
26. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah "out-of-date" selepas sebulan dan kita pun maseh belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.
27. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal dari baju dewasa.
28. Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai.
29. Bilamana kita membayar RM1.20 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.
30. Bila kita membeli TV 29" tetapi hanya dapat menonton 20" sahaja bila selebihnya dilingkungi dek iklan.
31. Bilamasa teknologi internet sekarang membolehkan seseorang membeli sayur segar menggunakan e-commerce sedangkan laman yang menawar khidmat itu terletak di California, USA.
32. Bilamasa kita demam dan ke klinik untuk berjumpa doktor, kita membayar RM30 hanya untuk sepeket pil panadol sambil diberitahu doctor yang kita ni demam.
33. Apabila kita ke kedai komputer untuk mendapatkan maklumat sesuatu komponen, jurujual menjawab "sikit jam ah...saya mau tanya tauke".
34. Bilamasa syarikat bas mengenakan tambang yang pelik seperti RM1.75 sambil menyuruh kita menyediakan duit secukupnya sebab lebihan tidak akan dipulangkan, walaupun kita tahu kita jarang sekali menggunakan duit 5 sen.
35. Bilamasa melihat eksekutif-eksekutif maseh memakai kot dan tali leher semasa makan tengahari kat warong tepi jalan walaupun cuaca panas terik.
36. Bilamana penggemar-penggemar dan pemilik kereta bermegah dengan kereta mereka yang berkuasa besar walaupun sedar yang had laju jalanraya disini hanyalah 110km sejam.
37. Bilamasa kita melihat format pertandingan liga bolasepak negara ditukar setiap musim walaupun sedar yang tahap permainan tetap menurun.
38. Bilamasa F.A.M mencari punca terjadi pergaduhan didalam sesuatu perlawanan liga bolasepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama "binatang".
39. Bilamasa pemilik kenderaan terpaksa membayar cukai jalan setiap tahun tetapi jalanraya hanya dibaiki lima tahun sekali.
40. Bilamasa artis sanggup menukarkan nama yang mak bapa berikan supaya lebih glamour.
41. Bila pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, tetapi sanggup berhenti untuk mengajak pemandu lain bergaduh ditepi jalan.
42. Bila seorang Pak Aji boleh memberikan komen terhadap kebesaran buah dada seseorang perempuan..........pelik sungguh bila melihat perempuan berjalan hanya matanya kat situ aje......
43. Bilamana pelanggan di McDonald's membeli air "diet coke" sedangkan mereka juga membeli BigMac yang penuh lemak.
44. Bilamana pelanggan diherdik dan dimarahi apabila berurusan dengan Jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis sekali.
47. Bilamana orang-orang muda sekarang cepat beruban.
48. Bilamana lebih ramai orang, masa kerja ponteng kehulu kehilir tapi bila lepas waktu kerja baru sibuk nak buat overtime.
49. Bilamana ramai yang memberi nasihat yang merosakkan dari nasihat yang baik.
50. Bilamana di setiap rumah murah terdapat kereta yang harganya lebih mahal.
51. Bilamana ditanya apa yang dibentang dalam belanjawan hari ini Cuma bab bonus sahaja yang hanya diingati.
52. Bilamana seseorang suami mendapat sesuatu dari isteri hanya setelah siisteri mendapat sesuatu darinya terlebih dahulu.
53. Bilamana banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, masih ada yang ke tempat kerja dengan pakaian yang seksi (baju tanpa lengan dan skirt pendek nampak peha.
54. Bilamana kerajaan mengagung-agungkan MSC maseh ramai rakyat buta IT, tak mampu nak membeli komputer, masih menggunakan Dail Up Modem yang terlalu lembab dan membiarkan bayaran langganan untuk ISDN yang terlalu mahal.
56. Ramai orang yang maseh menghisap rokok di luar KLIA, terutamanya kakitangan KLIA sendiri, sedangkan KLIA sendiri memaparkan amaran 'DILARANG MEROKOK' pada setiap pintu kaca di luar KLIA.

Ni aku nk tambah komplen aku. Bilamana ko bagi/tulis email yang panjang lebar, tanpa memikirkan masa org terbazir membaca email nih

Wednesday, September 17, 2008

maut??

Just now, I open my email to download an attachment. Sebelum ni, email yahoo I in English..tapi tiba2 gatal nak tukar ke Bahasa Melayu. And guess what..i found some weird error. Mmg error atau mmg mcm ni ejaan dia. I ingat muat turun..rupa2 nya maut turun.


maut turun??maut ketika fail turun? jika turun, fail akan maut?? HOH! @_@ Konpius aku nih.




P?s : anyone can make a mistake. LOL.


Friday, September 12, 2008

"couture"

Couture is pronounced \kü-ˈtur, -ˈtuer\. I bet most guys out there is clueless about couture. Tell you the truth, its the same with me. But i do know it is related to fashion. Until lastnight when i watch project runway at 8tv. It is a reality show about designers where they have to finish some challeges well or else they will be eliminated. The challenge for last nite is to make a couture gown.

Well, couture refers to the creation of exclusive custom-fitted fashions. Made to order for a specific customer, and it is usually made from high-quality, expensive fabric and sewn with extreme attention to detail and finish, often using time-consuming, hand-executed techniques.


Ringkasnya, couture adalah rekaan khas untuk seseorang individu dimana ia memerlukan jahitan tangan yang rapi dan terperinci, menggunakan fabrik yang mahal dan berkualiti tinggi. Biasanya sehelai gaun couture yg sempurna mengambil masa hampir sebulan untuk disiapkan oleh 4-5 org tukang jahit. WOAH!

And yg paling i tataw, seorang tukang jahit perlu mendapat kelulusan dari kerajaan Perancis sebelum bergelar Tukang Jahit couture. Means mesti memenuhi standard jahitan couture yang mahir, and memenuhi syarat2 tertentu yang lain. Wah. mcm nak amik lesen memiliki senjata pulak.

Bagaimanapun, di kota fesyen selain dari Paris, seperti Milan, London, Rome dll juga mempunyai tukang jahit couture ni.

gambar di bawah adalah contoh dress / gaun couture yang asas



Bawah ni pulak, contoh lain gaun couture
And i wonder, some Malaysian designers claims that their dress is couture. Have they got the 'approval' from the France government to use couture in their designs??Hm...

Monday, September 08, 2008

money money money!

Latest comment i received, asking about my savvy. Haish.. Savvy, Built for Tough! yeah right.

Little that i know, savvy will cost you a lot when it comes to service. Serioulsy, last 5000km service on my cute black pony ( nickname for my savvy), it cost me 200++. Haish..haish.. Rupa2 nya (eh, ckp melayu pulak) kos servis bagi savvy mmg mahal jika dibandingkan dengan kereta proton yang lain. HUHUHU...time beli dulu, ejen tak habaq pun benda nih. Hampeh jer. Tapi takper, i still like u my cute black pony.;p

Last week, im doing some shopping for raya. Spend another few hundred.., Huhu. Most of the things i bought are not for me, they are for my family. Ole2 raya. hehehe. I hope they like it.

Sekarang, baru mggu kedua september, means second week of ramadhan, and there still lots of things i need to buy, such as baju raya, beg tgn raya, tudung raya...haiyaaa....and not to forget some kuih and kerepek raya. . Duit dh byk terbang nih. Nnti balik kampung, kena pk minyak and tol lagi..haiyaaa...haiyaaa..

Why lar company i work now tak bg bonus raya..why...why...dato' , bagi lar kami duit raya...ekekekekeke.

money..pls come..pls come to me bebeh.

p/s: bagi sesiapa yg ada duet lebih, bagi lar duit raya kat i yer..